MENGEMBARA ke beberapa negara memberikan banyak pengalaman kepada penulis tentang kepelbagaian dan keunikan budaya dan masyarakat dunia.
Tanpa menumpukan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi semata-mata, penulis yang berkunjung ke Eropah baru-baru ini turut merasai makanan popular seperti piza dan pasta di Rome, Itali dan paella di Barcelona, Sepanyol.
Selain itu, terdapat banyak restoran Barat lain turut bersaing menjamu selera termasuk restoran yang menghidangkan makanan Asia seperti China, Jepun dan Thailand.
Jujurnya, penulis begitu sukar untuk mencari restoran Malaysia di Rome dan Barcelona terutama di Prague, ibu negara Republik Czech.
Keadaan ini sangat berbeza ketika singgah ke London, United Kingdom yang mempunyai banyak pilihan restoran yang menghidangkan makanan Malaysia.
Penulis berkesempatan menjamu selera di beberapa restoran Malaysia seperti TukDin, Delima, 54 Pinang dan Melati.
Semua restoran tersebut menyertai Program Malaysia Kitchen (MKP) yang diambil alih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada 2009.
Namun bagaimana dengan hala tuju MKP dalam mempromosikan makanan Malaysia di luar negara terutama selepas memperkenalkan Kempen Dapur Malaysia Global?
Jangka panjang
Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Noharuddin Nordin berkata, MKP menggunakan restoran Malaysia sedia ada di luar negara bagi mempromosikan makanan Malaysia dan pada masa yang sama mempromosikan restoran berkenaan.
“Ini merupakan inisiatif jangka panjang dengan kerjasama restoran Malaysia yang bukan sekadar pameran atau aktiviti promosi makanan tempatan.
“Sehingga 15 Mac lalu, sebanyak 559 restoran Malaysia di 31 negara menyertai MKP,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Noharuddin berkata, jika bukan kesan jangka panjang maka akan wujud masalah dalam menentukan minat atau pembelian makanan Malaysia itu secara berterusan.
“Sebagai contoh, kalau kita buat pesta makanan Malaysia secara besar-besaran di London selama seminggu dan berhenti setakat itu saja, bagaimana pula dengan pengunjung pameran yang berminat untuk mendapatkan makanan tersebut tanpa perlu menunggu lagi acara seumpama itu pada masa akan datang?
“Justeru, setiap aktiviti MKP membabitkan restoran Malaysia di 31 negara seluruh dunia agar pengalaman merasai makanan Malaysia itu berterusan,” katanya.
MKP terbuka kepada semua restoran yang menghidangkan makanan Malaysia sama ada dimiliki oleh rakyat Malaysia, rakyat asing atau usaha sama antara kedua-duanya.
Menurutnya, jika MKP sekadar bergantung kepada restoran milik rakyat Malaysia semata-mata, perkembangannya tidak mungkin berjumlah 559 restoran sehingga kini.
“Kenapa kita tidak gunakan restoran lain yang turut menghidangkan makanan Malaysia. Ini adalah peluang dan jika tidak, rugilah MKP,” katanya.Klik link di bawah untuk membaca artikel penuh :

No comments:
Post a Comment